Friday 30 September 2011

Al-Quran adalah penerang hati, Warisan Rasulullah s.a.w sepanjang zaman untuk kita umatnya


Dlm mengharap cinta, bercintalah atas dasar binaan dr cinta kpd Allah Subhanahu wa ta'ala. Cinta yg lahir dgn didasari memburu redha Ilahi. Terbina dgn jalinan dan ikatan yg dilaksanakan atas perintahNya, sifat uluhiyah dan ubudiyyah. Demi sebuah ketulusan sebagai seorg hamba kpd Tuhan.

"Aku memohon cintaMu (ya Allah), cinta sesiapa yg mencintai Engkau dan mencintai amal yg membawa aku dekat kpd Engkau." (HR. At-Tirmizi)



Al-Quran jika ditinggalkan akan tersesatlah selamanya,
Al-Quran jika dilupakan akan terpesonglah jalan-jalan dunia,
Al-Quran jika tidak dibacakan selalu maka kelu lidah untuk menyebutnya semula nanti.

Al-Quran jika dibacakan selalu InsyaALLAH tenang jiwa dan hidupnya hati,
Al-Quran jika diamalkan selalu InsyaALLAH terang hati dan fikiran,
Al-Quran jika dialunkan setiap masa InsyaALLAH mendapat pertolongan dari ALLAH,
Al-Quran jika selalu dihati InsyaALLAH kita selamat dunia dan akhirat,
Al-Quran jika dihayati akan menjadi peneman kita dialam kubur nanti.

Al-Quran penunjuk jalan ,
Al-Quran adalah jambatan perhubungan kita dengan ALLAH,
Al-Quran adalah penerang hati,
Warisan Rasulullah s.a.w sepanjang zaman untuk kita umatnya.



YA ALLAH HANYA PADAMU KAMU MEMOHON PERTOLONGAN DAN DENGAN RAHMAT MU JUGA KAMI MERASA NIKMAT DUNIA DAN AHKIRAT,JANGAN LAH TARIK RAHMAT MU DARI KAMI YA ALLAH,SESUNGGUH NYA TIADA TUHAN LAIN YANG D SEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN JUGA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

SEMOGA KITA MENJADI TAAT DENGAN PERINTAH NYA.

Thursday 29 September 2011

Meneguhkan Iman




Tip Meneguhkan Iman 


> Bersyukur apabila mendpt nikmat
> Sabar apabila mendpt mendpt kesulitan
> Bertawakal apabila mempunyai perencanaan
> Ikhlas dlm segala amal perbuatan
> Jgn membiarkan hati larut dlm kesedihan
> Jgn menyesal atas sesuatu kegagalan
> Jgn putus asa dlm menghadapi kesulitan
> Jgn hasad dan iri hati atas kejayaan org lain
> Jgn sombong sekiranya memperolehi kejayaan
> Jgn tamak kpd harta
> Jgn goyah dgn fitnah
> Jauhkan diri drpd dosa2 besar
> Jgn membinasakan diri melakukan dosa2 kecil
> Lakukan solat fardu pd awal waktu
> Perbanyakkan zikir dan doa kpd Allah subhanahu wa ta'ala
> Jgn rasa takut kecuali hanya kpd Allah Subhanahu wa ta'ala
> Cintailah seseorg dgn tidak berlebihan
> Bersatu padulah kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala dan berpisahlah hanya kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala

Mudah2an sedikit sebanyak tips ini membantu kita bagi meneguhkan iman kita.. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa merahmati kita.. Aamiin..

Sahabatku, aminkan doa ini agar diberi kehidupan yg lebih baik, lebih indah & lebih membahagiakan, "Ya Allah, Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tolonglah kami agar kami mengerti, menerima, percaya, memaafkan & dimaafkan. Memberi & menerima, mencintai & dicintai serta berani menatap jauh ke depan untuk kehidupan yg lebih baik, lebih indah & membahagiakan."

AL QURAN DAN SUNNAH
INSYA ALLAH SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT 

Wednesday 28 September 2011

4 GOLONGAN




Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wani...ta. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) 

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. 

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!Lihat seterusnya..





RINDU TERLARANG

Maaf Kerna Keangkuhan,
Tanpa Bicara Ku Cipta,
Dinding Pemisah Sendiri,
Selisih Sekadar Sapaan Bayu....

Hakikat Ruang Kita Sama,
Ku Bina Bingkai Cermin,
Untuk Setia Berpaling,
Dari Menatap Sang Bidadari....

Tiada Niat Ku Bermusuh,
Cuma Mengelak Mainan Rasa,
Tarian Nafsu Bisikan Iblis,
Yang Cuba Merajai Hati Adam....

Luaran Ku Gagah Egois,
Namun Hakikat Sebalik,
Sorok Rasa Getaran Jiwa,
Bertalu Alunan Rindu Larangan....

Terbenam Panas Si Suria,
Bangkit Dingin Si Bulan,
Ku Tulis Di Atas Sinar,
Akan Kejujuran Dalam Hati....

Harapan Biarlah Sampai,
Pesan Purnama Pada Puteri,
Dalam Diam Hamba Merindu,
Ku Serah Takdir Pada Yang Esa....