Saturday 3 December 2011

RENUNG-RENUNGKAN

TA

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, “Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?”
Iblis menjawab, “Lima belas.”
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur’an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.




~Waktu-waktu Berdoa Paling Mustajab/ Makbul !!!



~Pada waktu pagi sebelum terbit Matahari dan sesudah selesai Solat Subuh.
~Setiap selepas menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam.
~Antara Solat Zuhur,Asar dan Maghrib.
~Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya.
~Ketika hendak masuk dan keluar daripada masjid.
~Dalam Khutbah Jumaat,khutbah Hari Raya dan Khutbah Nikah.
~Ketika bangun tidur.
~Selepas membaca Tahiyyat Akhir dan sebelum salam.
~Antara takbir solat hari raya.
~Ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan penting.
~Ketika menziarahi Makam Rasulullah SAW.
~Di dalam majlis – majlis dan upacara yang tidak bercampur maksiat.
~Ketika membaca Qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.
~Ketika bertemu dengan saudara mara atau sahabat handai yang telah lama terpisah.
~Apabila ditimpa kesulitan,resah gelisah dan gundah gulana.
~Ketika hujan turun.
~Sebelum memulakan Solat serta selepasnya.
~Sepanjang Malam terutamanya sepertiga Malam dan waktu Sahur .
~Ketika sujud dalam solat khususnya dalam sujud yang terakhir.
~Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk.



"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu.



"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu"

"Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32



JAUHILAH PERKARA2 YANG BOLEH MENDATANGKAN DOSA KEPADA DIRI KITA