Saturday, 1 October 2011

Luangkan sedikit masa


Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan...

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR...

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati... jom sama2 mengamalkannya,,


jangan kau lupa..
yang kita cuma hambaNYA..
jangan kalu lupa..
kau bakal mati juga..
jangan kau lupa..
adanya seksaan di sana..
jangan kau lupa..
dunia bukan segalanya..
jangan kau lupa..
selepas dunia ada akhirat..
jangan kau lupa..jangan kau lupa..
peringatan..(lampu merah)..

Sementara masih termaktub setiap perkataan dan baris ayat
Sementara mata masih terang bercahaya
Sementara masih ada daya dan upaya
Sementara usia masih bersama kita
Sementara lidah masih petah berkata
Ambillah wuduk dan duduklah mengadap
Kitab suci kitab keramat
AL Quran yang mulia mengandungi pelbagai mukjizat.
Wasiat dari ALLAH melalui kekasihNYA nabi Muhammad salALLAhu'alaihiwassalam
Penunjuk arah penunjuk jalan
Senandungkanlah kalamNYA
Pada kesempatan yang ada.
Sebelum Izrail datang untuk menjemput kita ke sana.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Bukankah persetubuhan menguatkan badan?

    AAAA

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam

    terima kasih saudara acdc27
    saya terlupa sedikat perkataan 1. banyak berkelamin (bersetubuh)= bagi yang sering melakukan perkara yang tidak elok ( belum berkahwin ) maaf kerana kesilapan saya,terima kasih kerana menegur ...

    ReplyDelete