Saturday, 12 November 2011

Berdoa kepada yang Berkuasa ALLAH Subhanallah taala...


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya engkaulah sebenar-benar Tuhan yang memiliki seluruh kekuasaan di langit dan di bumi. Tiada satu pun yang terlepas dari penguasaanMU dan tidak pula Kau memerlukan pembantu dalam menguruskan kursiMU.
Allahummasoli a’la saidina Muhammad, Wa a’la ali saidina Muhammad. Salam selawat ke atas kekasihmu, Rasul junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W. Kurniakanlah kedudukan tertinggi kepada baginda dan kurniakanlah kesejahteraan kepada Baginda.
Ya Ghoffar, Ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami, keluarga kami, guru-guru kami serta muslimin-muslimat yang engkau kasihi dan redhai sekalian. Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan kepada ibu-bapa kami dan berikanlah kesihatan berpanjangan kepada mereka. Kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku.
Ya Allah, tetapkanlah kami di atas landasan agamaMU yang lurus. Tambahkanlah iman kami dan kurniakanlah sifat bersyukur dalam hati kami di atas segala nikmat kurniaanMu.
Ya Rahman, Ya Rahim kurniakanlah rezeki yang halal kepada kami dan berkatilah makan minum kami. Jauhilah kami daripada azzab api neraka dan Kubur.
Ya Allah, sesungguhnya hati-hati kami berhimpun dengan penuh rendah diri menadah tangan sebagai hamba dan memohon keberkatan dan kekuatan dariMU bagi menempuhi perjuangan dalam perjalanan yang akan berlangsung dihari2 yang akan datang.
Ya Allah, sesungguhnya kami telah berusaha sedaya yang kami mampu dalam mempelajari setitis daripada selaut ilmumu. Oleh itu Ya Allah, berkatilah ilmu-ilmu tersebut kepada kami Ya Allah.
Ya Allah, engkau kurniakanlah kemudahan kepada kami dalam kehidupan  dengan penuh yakin dan tawadduk.
Ya Allah, engkau kurniakanlah ketenangan kepada kami dalam menjawab soalan yang diberi. Jauhilah kami dari sebarang kekalutan, ragu-ragu , lalai dan cuai. Berikanlah kejayaan kepada kami Ya Allah.
Ya Allah, engkau berilah ilmu yang baik kepada kami.
Ya Allah, jauhilah kami daripada sebarang malapetaka dan bencana yang menghalang kami dari terus beramal kepadamu ya ALLAH . Engkau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kami di sepanjang musim.
Ya Allah, jauhilah kami dari kegagalan agar tidak mendatangkan fitnah ke atas usaha dakwah yang kami lakukan dan berikanlah kejayaan kepada kami agar kami dapat membina kembali kegemilangan ketamadunan Islam.
Ya Razzak, sekiranya kejayaan yang engkau berikan kepada kami dalam peperiksaan tersebut maka jadikanlah kami hambamu yang bersyukur dan merendah hati. Jauhilah kami dari sifat angkuh dan takabbur. Dan tanamkanlah kedalam hati kami kekuatan untuk terus berbakti dalam mendaulatkan agamaMU. Jauhilah kami dari lalai dan leka dalam mengingatiMu dengan sedikit cubaan kejayaan.
Ya Allah, sekiranya engkau menetapkan kegagalan kepada kami, bimbinglah kami untuk menghadapi ujianMu ini dengan penuh kesabaran. Jauhilah kami dari bersedih dan kecewa hingga membawa kami jauh dari mengingatiMu. Janganlah engkau jadikan bebanan itu terlalu berat untuk kami tanggung. Sesungguhnya kami ini hambamu yang lemah.
Ya Allah, engkau kurniakanlah keselamatan kepada saudara kami di Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan dan berikanlah kesejahteraan kepada seluruh Ummat Islam serta kurniakanlah kekuatan kepada kami dalam melawan musuh agama MU. Ya Allah, Engkau jauhilah kami dari fitnah Dajjal yang menyesatkan dengan tipu daya.
Rabbana atina Fiddunya Hasanah, Wafil akhirati hasanah, Wa kina Azabbannar. Wa salallahuA’la saidina Muhamma, Wa a’la alihi wasabbihi wasallam, Walhamdulillahi Rabbil a’lamin. Ameen!

mari kita menjadi insan yang taat 
dengan perintah ALLAH 

2 comments: